Friday, March 31, 2017

(VIRAL) KORANG WAJIB BACA AND SHARE BENDA INI , TAK BACA SAMPAI BILA PUN KENA TIPU DENGAN INSURANCE... JANGAN TERPEDAYA!!!! HEBOHKAN..

HELAH LICIK TAKAFUL MALAYSIA


Saya terpaksa menulis untuk mengelakkan lebih ramai pengguna tidak terkena seperti saya. Di harap Pihak Takaful Malaysia, memikirkan perkara ini, kerana ia menganiaya pelanggan yang support periuk nasi anda...

1. Pada May 2016, kereta saya telah dilanggar dibelakang, ketika memasuki simpang di Shah Alam.
2. Kedua pihak bersetuju untuk membuat laporan polis untuk claim insurance pihak yang melanggar
3. Laporan polis keluar dan terbukti orang yang melanggar bersalah
4. Saya menghantar kereta ke Toyota Sek. 15 untuk tujuan repair dan claim ke insuran yang melanggar
5. Toyota menghantar dokumen ke Insuran kereta saya iaitu TAKAFUL MALAYSIA agar Takaful Malaysia claim ke insuran pihak yang melanggar
6. Saya diberitahu oleh pihak Toyota yang saya perlu menanggung dan membayar 'betterment' lbh RM100 dan 'Ekses' RM400.
7. Hairan dengan pembayaran itu, saya mula mempersoalkan kenapa 3rd party claim saya harus bayar?
8. Pergi ke Takaful Malaysia Caw. Sek 13 Shah Alam untuk penjelasan.
9. Pegawai menjelaskan bahawa RM400 yang perlu saya jelaskan adalah bayaran untuk Windscreen.
10. Tidak berpuas hati kerana cermin kereta saya tidak disentuh dan tidak rosak. Saya meminta Takaful Malaysia claim RM400 dan juga betterment ke insuran pihak yang melanggar. Bagaimanapun Takaful Malaysia enggan dan meminta saya buat claim sendiri.
11. Tidak berpuas hati kerana saya dilanggar, kenapa saya pula perlu bayar, juga tidak berpuashati kenapa perlu bayar windscreen RM400 sedangkan cermin tidak rosak. Pegawai Takaful masih tidak dapat menjelaskan kaitan antara bumper dengan windscreen.
12. Pegawai Takaful Malaysia hanya memberi jawaban "Prosedur baru bermula Jan 2016". Saya persoalkan, insuran saya renew pada Oktober 2015. Saya tidak menandatangani apa2 kontrak atau agreement pada atau selepas 2016.
13. Masih tidak selesai, pada 22hb August, setelah 3 bulan berlarutan, saya ke bengkel panel Takaful Malaysia untuk meminta penjelasan.
14. Pihak bengkel menyatakan bahawa RM400 tersebut dikenakan kerana saya tidak mengambil insuran windscreen sekali. Maka itu dalam cover note, diletakkan sebagai ekses RM400.
15. Sekiranya terjadi apa-apa, maka saya perlu menanggung RM400 kerana tidak mengambil windscreen coverage walaupun cermin tidak perlu dibaiki atau rosak.
16. Perkara ini berlarutan kerana saya tidak mahu membayar RM400 dan juga betterment yang dituntut oleh Takaful Malaysia, yang mana sepatutnya kos2 ini ditanggung oleh pihak insuran orang yang bersalah melanggar saya.

Persoalannya :

1. Kenapa saya perlu bayaran cermin kereta RM400 hanya kerana saya tidak mengambil coverage cermin? Sedangkan cermin langsung tiada kena mengena dalam hal ini.
2. Kenapa saya perlu bayar RM400 for nothing? Adakah pihak Takaful akan memberikan saya cermin kereta? Jadi, untuk apakah cermin yang saya ada sekarang?
3. Kenapakah betterment dan juga windscreen ini tidak di calim di pihak insuran yang bersalah?
4. Ketika mengambil insuran ini, kenapa tidak diterangkan sejelas-jelasnya caj tersembunyi ini? Jika begini, kenapa tidak diwajibkan sahaja mengambil insuran cermin? Kenapa perlu diberi option jika akhirnya Takaful Malaysia "mencuri" duit pelanggan RM400 seorang?

Saya berharap agar pihak Takaful Malaysia memikirkan perkara ini, kerana bagi saya ini satu helah yang tidak sepatutnya, Ia satu penganiayaan kepada pelanggan. Sepatutnya, sebagai insuran, tugas anda adalah melindungi, kerana khidmat ini dibayar, bukan percuma.

Kepada anda diluar sana, berhati-hati. Jangan sampai terkena. Periksa cover note anda, samada anda memasukkan insuran cermin sekali atau tidak. Jika tidak, bersedia untuk membayar RM400...
Berharap agar tiada pelanggan dan rakyat Malaysia lain yang terkena seperti saya.

LATEST UPDATE :
One of pegawai Takaful Malaysia call aku hari ni tawarkan khidmat untuk mempercepatkan proses 3rd party claim. Beliau juga meminta maaf bagi pihak Takaful Malaysia kerana saya terpaksa melalui semua ini dan juga atas kesilapan Takaful Malaysia. Dalam kes ini, kes 3rd party, beliau menyatakan bahwa :
1. Customer diberi pilihan samada untuk bayar RM400 atau tidak.
2. Jika bayar, boleh claim semula ke pihak ketiga RM400 + lain2 kos akan diruruskan oleh Takaful Malaysia. Tetapi kena dahulukan duit RM400.
3. Jika tidak, pihak Takaful boleh sahaja uruskan tanpa bayaran RM400.
4. Beliau juga ingatkan bahawa kereta saya sudah di repair.

Ini balasan saya pada beliau :
1. Kenapa ketika berada dipejabat Takaful, saya sudah meminta option terbaik untuk tidak bayar RM400. Malahan pegawai tersebut (bukan ejen ye) menyatakan option yg ada ialah melalui panel takaful. Tetapi masih beliau tekankan RM400 windscreen.
2. Ketika saya kata, kenapa tak mudahkan sahaja claim terus ke 3rd party? Dan kenapa Takaful tidak boleh uruskan? Pegawai tersebut kata mmg tak boleh saya kena claim sendiri.
3. Yang ni sepatutnya option yang pegawai (ukan ejen tau...) suggest kepada saya instead of tekankan bayar RM400 untuk windscreen. Kan mudah...
4. Saya katakan bahawa klu sudah repair, saya takkan tanya option lain yang terbaik kepada pegawai tersebut.

Apa-apa pun kepada Pegawai Takaful yang call saya tadi Cik Puan Rini, terimakasih kerana menguhulurkan bantuan, follow up pada workshop dan Takaful 3rd party. Itu yang saya nak dengar, kan senang sahaja urusan, 3rd party claim, tak yah bayar apa2, uruskan je....tu tindakan sewajarnya, yang patut didahulukan, bukannya setelah saya bersusah payah ke workshop, balai polis, pejabat takaful, kemudiannya ke Klang untuk hantar sendiri kereta tanpa bantuan Takaful dan minta bantuan workshop disitu, juga sehingga saya viralkan isu ini, baru ada tindakan dari pihak Takaful Malaysia.

Bagaimanapun terimakasih pada Cik Puan Rini, kan mudah begitu....cuma harap pihak Takaful Malaysia review balik policy, prosedur dan tnc agar customer tidak akan marah lagi pada pihak Takaful Malaysia.
Read more

(VIRAL) INDIVIDU YANG MENGGUNAKAN PHD PALSU BAGI KEGIATAN SEPERTI BERIKUT..BUKAN CALANG-CALANG SEMUA ORANG TERNAMA PADAHAL....

Selain Azizan Osman, ada banyak lagi individu yang menggunakan PhD palsu

Antara pemegang PhD palsu yang mengguna gelaran doktor untuk menipu.
1. Amir Hamzah Abdul Hamid
Menggunakan gelaran Emeritus Prof Dr Sir untuk mempromosi produk-produk ECPi.
Dinobat sebagai legend dalam penipuan gelaran.
Wak Amir juga menjual sijil kedoktoran segera OIUCM.

2. Juwita Jobil
Mengaku mempunyai PhD dalam Bio-Metafizik dan menggunakan gelaran doktor untuk perdayakan mangsa sertai APUM/RJB.

3. Azman Tahir
Menggunakan gelaran Prof Dr yang dibeli dari IBAM bukan sahaja untuk mempraktis homeopathy tetapi menjual kursus kedoktoran segera dalam masa sehari.

4. Syed Putra Meir
Menggunakan gelaran Prof Dr untuk menipu dan perdaya pesakit kanser.
Telah banyak laporan polis dibuat terhadap beliau.
Syed Meir juga telah didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menjual ubat-ubatan tanpa kelulusan KKM.

5. Suraya Ariffin
Dipuja oleh golongan so called pro-choice, gelaran doktor digunakan bukan sahaja untuk mempromosi her beauty product tetapi juga untuk mendapat kredibiliti dalam mengkritik perubatan modern.

6. Ruzaini Hasan
Menggunakan gelaran doktor untk perdaya mangsa sertai skim kopi ARBA yang telah disahkan oleh BNM sebagai skim yang bermasalah.

7. Bahrain Samah
Menggunakan gelaran doktor untuk mempromosi product herbal, juga berperanan sebagai columnist Sinar Harian untuk menulis bahan-bahan yang mengkritik perubatan modern.

8. Siti Aishah Ali
Menggunakan gelaran doktor untuk mempromosi product MLM Forever Living dan juga mengaku sebagai pakar dalam rawatan kanser.

9. Mohd Zamri Salleh
Menggunakan gelaran doktor untuk mempromosi kursus motivasi.
Zamri juga adalah dalang utama dalam kes menjual sijil Diploma Bekam dengan menggunakan nama USM.

Di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, mana mana individu yang memalsukan identiti "Doktor " untuk memberikan perkhidmtan kesihatan boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya. Bagi penipuan "doktor" Phd apa pula tindakannya? Isu ini sewajarnya di pandang secara serius kerana penipuan mana individu yang menyalahguna gelaran Doktor bukan sahaja mengelirukan masyarakat malah boleh mendatangkan kesan negatif apabila konsultasi kesihatan di sampaikan oleh pihak yang tidak bertauliah.
Read more

(VIRAL)KISAH WAK DOYOK DULU HANYALAH BURUH KASAR DAN KINI MEMILIKI KEMEWAHAN DUNIA..TENGOK HASIL DARI USAHANYAA YANG KITA BOLEH JADI PENGAJARAN..





kini menjadi perancang mode para pejabat Malaysia. (claytonladuerotary.org )
Liputan6.com, Jakarta - Nama aslinya Mohd Azwan Md Nor. Namun, pria ini kini lebih dikenal sebagai Wak Doyok. Menariknya, nama ini ternyata ada kaitannya dengan pelawak Indonesia Doyok.
Dulu, tahun 2010, Wak Doyok hanyalah buruh kasar alias kuli yang masa depannya tak jelas.
Kini pria Malaysia itu diakui sebagai trend setter, ikon fashion baru bagi kalangan pria. Ia yang mengajarkan bagaimana untuk tampil dengan penuh percaya diri.
Laman Instagram-nya dipenuhi foto-fotonya bergaya bersama teman-temannya dalam apa yang mereka sebut sebagai kampanye budaya mob. Ada juga foto-fotonya saat berpose bersama tokoh-tokoh ternama.

Wak Doyok juga menjelma sebagai pengusaha sukses. Sejumlah merek ia luncurkan, dari kopi, krim penumbuh jambang, pomade, hingga produk germen bergaya "British". Belum lagi sejumlah lokasi cukur atau barber shop miliknya yang menyebar di seantero Malaysia.
Wak Doyok pun jadi "artis". Ia membintangi sejumlah iklan dan tampil dalam banyak acara televisi.
Pria yang dulunya melarat itu kini jadi kaya raya. Ia naik turun mobil-mobil mewah nan mahal. Nyaris tak ada orang di Malaysia yang tak mengenalnya.
Nama Wak Doyok pun kian mendunia sampai ke Indonesia, Spanyol, Prancis, juga Australia. Ia bahkan pernah diundang oleh sebuah universitas di Jerman sebagai penasihat mode.
Apa yang membuat popularitas Wak Doyok melejit dalam waktu singkat?
Semua itu gara-gara media sosial. Pria yang dulunya tampil klimis itu menampilkan citra berbeda di jagat maya. Sebagai lelaki yang punya aura maskulin ala tahun 1960-an: pakaian rapi, rambut berjambul, janggut dan cambang yang ditata rapi, dan kumis lebat yang ujungnya dipelintir.
Penampilannya itu mencuri perhatian. Kini laman Instagramnya telah menjaring 1,1 juta follower atau pengikut.
Dikutip dari The Malay Mail Online, Alif Omar Mahfix, editor majalah budaya pop Malaysia, Juice, meyakini ketenaran Wak Doyok sebagian besar dikarenakan ia muncul pada waktu yang tepat.
Read more

(VIRAL) Laki OUTSTATION Bini Plak All Out...“Aku Balik Outstation Awal, Tangkap Isteri Curang Dengan Lelaki Lain”


Part 1:
Salam semua. Semalam terbaca kisah suami yang ada isteri curang tapi sayang nak cerai. Bro, kisah kita sama tapi jalan cerita lain. Kat sini, aku share sikit pasal hidup aku. Bismillah…

Usia perkahwinan aku 10 tahun, aku ada anak sulung umur 6 tahun dan anak kecik 2 tahun. Aku kerja kontraktor, jadi aku selalu outstation. Ada satu hari, aku outstation kat muar. Tapi hati aku tergerak sangat nak balik JB, aku rindu rumah, rindu anak2, rindu nak tengok muka bini aku. Masa tu tak ada smartphone lagi. Aku sanggup gerak balik JB. Sampai rumah, tahu aku nampak apa?

Kun faya kun, Allah nak tunjuk pada aku. Isteri aku dengan jantan lain dalam rumah, anak kecik aku merengek sorang kt luar. Masing2 tengah pakai baju masa aku sampai. Nampak muka aku, lintang pukang jantan tu lari. Isteri aku dah merayu-rayu minta maaf jangan cerai. Aku terdiam. Aku nak mengamuk, aku nak marah. Aku tak ada kekuatan nak lafaz cerai masa tu. Aku tengok muka anak, aku kesian. Kesian anak-anak aku.

Sejak hari tu, aku tak ambil projek luar. aku main dalam JB je, dekat dengan rumah. Aku tak lekat dekat rumah, duduk rumah aku terbayang bini aku dengan jantan tu. Aku tengok muka anak aku, aku kesian. Aku solat pergi masjid, subuh pun aku pergi masjid. Kat rumah aku rasa serba tak kena. Bab jimak, isteri aku selalu kata penat kerja. Aku tidur kat ruang tamu. Aku maafkan isteri aku. Untuk lupakan, susah…
Kemudian, selepas setahun. Aku tak dapat projek besar, kerja kecik2 pun takde. Aku duduk rumah, duit aku cukup tanggung anak bini. Sambil tu aku amik upah pasang paip, upah repair rumah. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada.. isteri aku, dia kata aku duduk rumah macam tanggung biawak hidup. Kenapa? Aku duduk rumah bukan duduk saja. Aku tolong dia urus anak, urus makan. Duit bukan aku tak bagi. Tak apa lah, aku diam.

Tak lama lepas tu, aku dapat projek dengan SAJ. Ada rezeki lebih, isteri aku minta hadiah kereta sempena hari lahir dia. Aku belikan. Anak sulung aku minta motor, aku belikan. Anak kecik aku minta gadget, aku belikan. Kali ni, masa kami on the way balik kampung. Ada sorang perempuan call bini aku maki2, aku kat seat driver boleh dengar suara perempuan tu maki bini aku. Bini aku kacau laki orang? Dalam hati aku sabar. Anak2 kat belakang. Bini aku tak mengaku, dia minta aku backup dia. Aku tak masuk campur. Sampai kampung, aku check handphone bini aku. Alhamdulillah, Allah tunjuk lagi. Bini aku kata, sekarang kat kampung.. nak gaduh tunggu balik JB. Takpe lah.. aku malas nak gaduh. Aku pun dah sampai tahap malas fikir bini aku lagi. Aku fikir anak2 aku. Apa nasib diorang.

Beberapa bulan selepas, aku berkenan dengan sorang anak dara. Perasaan aku jumpa budak ni, sama macam mula2 jumpa bini aku dulu. Tengok muka budak ni tenang hati aku, hilang beban otak fikir masalah. Aku nak ngorat, tapi budak ni jual mahal. Nak tak nak, aku bagitau bini aku.. Aku nak kawin lagi satu. Bini aku mengamuk. Dia tanya perempuan mana, dah berapa lama. Aku gelak. Tak pernah bini aku ‘caring’ macam tu. Sayang rupenye… Aku bawa jumpa dengan budak tu. Budak tu tak percaya aku nak buat dia jadi bini.

Sejak aku nak kawin baru, bini aku kata aku nak balas dendam. Bukan balas dendam, tapi pengajaran. Aku tunjuk gambar budak tu kat mak aku, mak aku pun suka. Bini aku, susah sikit. Macam main tarik tali. Setahun aku main tarik tali dengan bini aku. Akhirnya bini aku suruh nikah siam. Sebab malu dengan orang kampung nanti, tapi dah terlambat. Bapak mertua aku dah kecoh satu kampung, aku nak kawin lagi. Untuk makluman, bapak mertua aku kawin 4 sebab tu bini aku anti poligami. Mak mertua aku merupakan isteri pertama. Masa berita aku nak kawin lagi satu kecoh, adik beradik ipar aku sibuk serang bakal bini muda aku tu. Kena maki bakal bini muda aku tu. Tapi dia rilek je. Rupanya bini aku selama ni bercerita pasal aku nak kawin lagi kat adik beradik dia. Aku diburukkan dekat keluarga mertua. Tapi, aku tak heran. Aku nak cari bahagia aku. Bini aku mendesak cerai, cerai dan cerai. Atas alasan aku dayus sebab dulu tak ceraikan dia.

Sekali lafaz, aku lepaskan dia masa tu. Perasaan aku lepas tu, macam terlepas beban berat. Lapang dada aku macam bernafas lega panjang. Mungkin sepatutnya kami bercerai dulu. Lepastu, bini aku meroyan. Dia call semua orang termasuk mak bapak bakal bini aku. Dia suruh aku kemas baju aku dan keluar dari rumah dia cepat. Masa aku balik nak pack baju, dia minta maaf menangis. Dia mengaku silap dia, janji nak berubah. Dia sayang rumah tangga kami. Dia tak boleh tanggung hidup sorang, dia masih perlukan aku. Dia minta aku rujuk dengan dia. Aku call mak aku, aku luahkan apa aku rasa. Aku mengaku aku gagal didik isteri aku dengan baik. Tapi aku tak cerita apa salah bini aku. Aku cuma tanya, apa aku perlu buat? Mak aku nasihatkan aku rujuk semula, kesian dengan anak2. Kalau tak sayang bini lagi, kesiankan anak2. Esoknya aku rujuk di mahkamah syariah dan aku pegang janji bini aku untuk berubah tapi aku masih teruskan niat untuk nikah lagi.

Hari raya 2014, kami balik kampung bini aku. Sedara mara dia perli dia “Tu lah kau, dulu bapak kau sibuk kahwin lagi kau sibuk serang mak tiri kau mengalahkan mak kau. Sekarang, padan muka.. laki kau orang amik!”

Aku nampak dia nangis dalam bilik. Tapi aku tak pergi pujuk, aku biar dia pujuk diri sendiri. Mak mertua aku nasihat, nikah lagi jangan lupa anak bini yang sedia ada. Apa pun salah anak dia, dia minta aku maafkan. Aku pun kata, aku tak amik hati pun. Aku dah biasa. Balik raya belah kampung aku, mak aku tak tanya pasal hal aku nak kawin lagi. Mak bapak aku jenis tak masuk campur hal anak asalkan anak2 tau jaga diri. Balik JB, bini aku cerita. Dia sentap balik raya kat kampung dia dgn kampung aku. Kat kampung aku dia lagi sentap dgn mak aku, dia cerita dia tengah borak dengan mak aku.. Mak aku tanya dia macam mana dia dengan bakal bini aku, dia jawab mungkin balasan untuk dia.

Mak aku kata “memang lah balasan, Allah uji kau.. sabar lah.. “ Dia cuma sentap sebab mak aku kata memang balasan utk dia. Pada aku, itu hal kecik. Orang tua biasa memang terlepas cakap, tak perlu kita nak sentap.

Sebab aku tak layan sentap bini aku, dia serang lagi bakal bini aku. Satu family dia serang. Dlm hati aku masa tu, laki mana lagi la boleh tahan dengan bini aku ni kalau bukan aku je? 20 tahun aku hidup dengan dia, aku tahan dengan perangai singa dia. Kalau laki lain, aku rasa makan kaki tangan jugak ni. Aku tengok bakal bini aku tu buat tak layan je bini aku meroyan kat rumah dia. Aku gelak je dalam kereta. Alahai bini, sayang jugak kau ni. Dah habis adegan serang menyerang kat rumah orang, bini aku call pulak bakal bini aku tu. Penat bini aku maki, dia jawab ok je. Habis call, bini aku tanya “Abg nak kawin dengan siapa ni? Budak ni tak ada perasaan ke? Penat saya je..” Aku diam kan je.

Lepas tu, bini aku dengan bakal bini aku baik. Shopping sama, makan sama, tengok wayang sama. Tenang hati aku, rezeki aku pun semakin murah bila diorang berbaik. Alhamdulillah. Tak lama kemudian, aku nikah lagi di songkhla atas permintaan bini pertama. Selamat nikah, aku sewakan bini muda aku rumah dekat je dengan bini pertama. Senang aku nak ulang alik. Dah poligami ni, bini pertama aku dah mula solat, mula tutup aurat. Alhamdulillah. Bahagia kejap je, bini pertama aku meroyan lagi. Halau aku dari balik rumah dia, siap campak baju depan rumah bini muda. Jiran-jiran semua nampak, kebanyakan jiran situ kawan2 aku. Bini muda aku, kutip satu persatu baju aku. Dia pun tak bagi aku balik rumah dia, aku pun tidur kat petronas dalam kereta. Pengalaman pertama, tidur dalam kereta kt petronas…

Tak lama lepastu, bini-bini aku baik semula… macam biasa keluar sama2. Aku tinggal dgn anak kat rumah layan WWE. Bini pertama aku kata tak payah balik rumah dia, sebab adik beradik dia selalu datang bermalam kat rumah. Jadi aku pun tinggal dengan bini muda tapi selalu balik juga sana tengok anak. Bini pertama aku mula berjinak dengan zumba. Dia kata bosan. Dia dapat kawan baru. Bini muda aku jenis duduk rumah, balik kerja duduk rumah. Susah ajak keluar berjalan, kecuali otak dia dah tepu sangat stress kerja dia ajak aku pergi karaoke. Dia minat sukan, tapi aku tak bagi join. Kalau dua bini aku sibuk dunia luar, aku kat rumah boleh tepu jugak.

Ditakdirkan Allah itu maha adil pada hambanya. Allah tunjuk lagi pada aku. Sekarang zaman smartphone, gadget, internet dan sebagainya. Bini aku pun ada fb/wechat/LINE/whatsapp/telegram. Kelebihan pada aku ialah, aku boleh baca otak dia. Password dia utk access semua tu aku boleh tau. Jadi, satu hari aku tak ada kerja kat site. Tangan aku gatal nak godek FB bini aku. Aku buka email dulu, tak jumpa apa-apa. Tapi masa aku nak sign out tu, dia suruh aku click google plus photos tak silap aku. Kat situ la terbongkar segala nya. Aku jumpa gambar bini aku dengan jantan lain. Aku download satu persatu gambar tu aku simpan kat pendrive, siap print screen sekali kat komputer. Lepas tu aku buka FB dia pulak, aku baca mesej dia dengan 2 orang jantan lain. Yang aku kelakar 2 orang jantan tu kawan baik, kena game dengan bini aku. Gelak sorang aku. Aku tekan bahagian photo kat FB, ada yg sync with phone. Kat sini la kelebihan smartphone, jumpa lagi banyak gambar. Gambar keluar date, gambar screenshot conversation whatsapp/wechat, gambar lucah diorang semua ada. Aku istighfar. Aku download satu persatu jugak.

Anak jantan jangan kata kita kuat sangat, ego tinggi tak menangis bila kena macam ni. Kita ingat satu je, Allah ada. Allah akan balas. Tapi bila duduk sorang, mesti meleleh punya. Aku pejam mata, terbayang muka anak2 aku je. Aku tak nak lepaskan bini aku. So hari tu, aku tunggu bini aku balik kerja. Aku tanya dia pasal jantan2 tu. Dia tak mengaku. Aku kata tak apa, aku ugut bagitau mak dia perangai dia tak elok. Dia kata aku tak ada bukti, kes dulu kes lama. Aku kata, dulu tak ada bukti pasal tak ada smartphone, sekarang zaman berubah. Aku tahu apa dia buat belakang aku. Aku tunjuk gambar lucah dia. Dia terdiam. Aku cakap aku nak post kat fb. Dia takut, dia minta maaf. Dia kata tak ada contact lagi. Aku percaya (sebenarnya tidak).

Esok nya, aku buka lagi email & FB bini aku. Aku jumpa gambar terbaru. Kali ni terus aku cakap kat bini aku, kalau nak teruskan dengan jantan tu. Aku suruh kahwin dengan mereka. Bini aku tak nak. Aku kenal jantan tu, kawan sekolah bini aku. Aku pernah ikut bini aku pergi reunion sekolah lama dia. Dah kantoi macam ni, bini pertama aku meroyan kat bini muda aku lagi. Diorang gaduh lagi. Aku biarkan diorang settle sendiri. Aku pesan kat anak sulung aku, jaga ibu dan adik dia elok-elok. Sebab aku dah tak sebumbung lagi dengan anak-anak. Anak aku paham. Bini pertama aku asyik call supaya aku tak ceraikan, aku kata aku tak akan ceraikan. Aku biarkan masa tentukan mana hala tuju hubungan kami. Allah lebih tahu hati kami.

Bini muda aku, Alhamdulillah dari awal kenal sampai sekarang masuk 2 tahun nikah. Kalau bini pertama aku meroyan, serang, cari gaduh.. dia buat tak tahu. Datang rumah pecah barang pun, dia siap pelawa tidur rumah. Aku biasa tengok diorang bertekak mulut, aku duduk tepi tangga perhati kan je. Buat hiburan… tapi, macam mana buruk pun perangai bini ni.. jauh sudut hati. Suami tetap sayang. Kepada bro yang share masalah bini dia curang tu, aku faham kenapa kau tak cerai kan dia.

Malas semak kepala fikir hal bini ni, baik cari duit senang kan keluarga. Sekarang, aku bahagia dengan bini muda. Bini pertama, aku bagi nafkah duit tiap bulan. Aku dah niat, selangkah dia dalam maksiat tanpa pengetahuan aku. Semoga Allah membalasnya dengan setimpal. Aku cari rezeki untuk keluarga aku. Bini pertama aku sendiri pernah sumpah, kalau dia curang dia sanggup terima azab Allah. Aku pun redha. Bini pertama aku pun tak nak menjanda bila aku tanya pasal cerai.
Semua orang ada kegagalan dalam hidup. Kegagalan aku paling teruk dalam alam rumah tangga. Sangat menguji aku. Tapi bagi pengajaran yang tak semua orang akan faham. Hilang sebuah kasih sayang, hadir sebuah kebahagiaan….

Thanks admin. Maaf panjang cite. Aku tulis pengalaman sepanjang alam perkahwinan aku. Alam perkahwinan, kalau kena uji jangan cepat fikir cerai. Kunci dia sabar dan berserah pada Allah. Tapi kalau dapat pasangan kaki segala kaki, selamatkan diri anda… Assalamualaikum.

Part 2:
Salam semua… terima kasih admin.

Di sini aku menjawab serba sedikit soalan pembaca..

1. Kenapa aku masih kekal bersama isteri pertama? Susah untuk diterangkan dan yang pasti aku tak akan pilih jalan cerai sebagai penyelesaian.

Jawapan : Ketika kali pertama aku melepaskan isteri pertama, aku lihat betapa dia meroyan tidak terima hakikat dia sudah dilepaskan dengan sekali lafaz. Dan berulang kali panggil aku dayus walaupun sudah diceraikan (ketika itu). Kat sini aku nampak isteri aku berada dalam keadaan terlalu emosi dan berfikiran tidak rasional. Dia ingin kan perceraian tapi bila aku beri kata cerai itu, dia jadi hilang arah. Menangis, meraung, mengamuk dan marah… jadi aku biarkan dia kepenatan dalam emosi itu, aku tahu dia akan diam selepas tu (aku keluar rumah). Bila aku balik, aku kemas pakaian. Isteri aku menangis lagi, kali ni emosi dia sedikit stabil. Aku bersedia mendengar penjelasan dari dia. Isteri aku terangkan apa dia rasa kurang dalam perkahwinan kami, kenapa dia curang belakang aku sebelum ni. Kekurangan aku ialah aku terlalu sibuk mencari rezeki untuk keluarga, aku kurang bersama keluarga walaupun hari cuti. Aku boleh faham, atas nasihat mak aku juga. Demi anak-anak, aku rujuk semula.

2. Kenapa biarkan isteri dengan maksiat berulang kali? Kenapa tak didik ke jalan yang betul?

Jawapan : Aku tak biarkan. Aku nasihat isteri untuk ingat balasan-balasan Allah bila dia berbuat maksiat. Isteri faham . Aku suruh dia taubat. Dia jawab, dia akan taubat bila bersedia. Sama seperti bila aku minta dia tutup aurat dan solat (sebelum aku poligami), dia bagi jawapan yang sama. Untuk makluman, selepas kantoi curang di FB dan email. Aku telah pasang gps tracker pada kereta isteri pertama . Aku juga pasang hidden camera di sudut rumah dan bilik tidur kami sebagai langkah keselamatan. Aku boleh tahu apa isteri aku buat, ke mana isteri aku pergi. Oleh itu, selangkah isteri aku dalam maksiat tanpa pengetahuan saya. Semoga Allah memberi balasan setimpal. Seperti mana dia sendiri bersumpah, dia sanggup terima azab Allah jika dia curang belakang aku.

3. Dayus?

Jawapan : Ya dayus, jika aku biarkan isteri aku terus sesat dalam maksiat. Dayus jika aku tidak nasihat dan didik supaya dia kembali taat pada aku.

4. Macam mana boleh tahan?

Jawapan : Aku sudah berusia. Aku bukan lagi muda. Usia perkahwinan aku sudah 20 tahun. Setiap kejayaan aku hari ini, hasil sokongan dari isteri aku. Susah senang aku ketika mula-mula membina hidup bersama isteri dulu, aku tak pernah lupa. Mungkin ada kalangan pembaca yang seusia aku akan faham, dalam usia kita semakin senja tak mungkin perceraian yang kita ingin kan. Cari kebahagiaan. Alhamdulillah, masih kekal bersama 2 orang isteri dan bahagia. Bila masa aku mempunyai masalah dalam rumah tangga, aku akan ingat jasa isteri dalam melahirkan, membesarkan dan menguruskan rumah tangga (pesan mak aku). Sebab tu, aku kata jangan cepat fikir cerai. Kita lelaki, guna akal bukan emosi.

5. Cari ibu yang baik untuk anak?

Jawapan : Ibu yang terbaik adalah ibu kandung. Kasih sayang yang terbaik adalah kasih sayang dari ibu yang melahirkan. Walau macam mana buruk perangai pun, ibu tetap ibu. Jangan guna kan masalah rumah tangga sebagai pemisah antara anak dan orang tua. Itu salah. Ibu kandung, tiada ganti.

6. Isteri muda dan poligami?

Jawapan : Poligami indah. Cukup untuk mengajar isteri pertama aku. Walaupun dia kata dia nak berubah dan aku masih pegang janji itu, aku tetap teruskan untuk nikah lagi sebab aku dah terpikat dengan bini muda aku. Dia boleh handle bini pertama aku tak kira apa situasi pun. Poligami yang aku lalui, mungkin semua tak percaya. Tapi pernah, aku tak balik rumah bini pertama sebab lupa giliran. Bini pertama aku sanggup panjat pagar rumah bini muda, ketuk pintu panggil aku balik rumah dia (Jiran aku kalau ada yang membaca ni, mereka tahu lah). Poligami satu kan keluarga aku. Kalau sebelum ni, susah untuk panggil anak-anak aku untuk solat jemaah sama tapi Alhamdulillah sekarang semakin kerap berjemaah. Ilmu poligami tak ada, aku ikut nasihat orang tua (bapak mertua). Sahabat yang berpoligami, kalian pasti ada merasa situasi ini…

Aku yakin, ramai yang mempunyai masalah yang sama. Selagi ada iman, kita berserah pada Allah. Sesungguh nya Allah lebih tahu hati kita. Kita sabar, kita dapat manisnya. Assalamualaikum..

Kredit kepada Sirap Limau untuk minor editing.
Read more

(VIRAL) KEMEWAHAN ANAK-ANAK MENTERI KITA..BEST JADI DIORANG,APA KOMEN KORANG BILA TENGOK GAMBAR-GAMBAR NII?...







~ anak kepada Menteri di jabatan Perdana Menteri nazri abdul aziz, Mohamad Nedim dilaporkan menjadi bintang dikalangan anak2 menteri kerana dibelit kontroversi berkenaan paparan pelbagai fotonya di beberapa blop brsama gadis2 jelita

 ~Nedim dilaporkan mempunyai sebuah kereta PORSCHE berharga sekitar RM700,000.beliau juga mempunyai pengawal peribadi yang sentiasa mengiringnya menaik kereta mewah.

KEMEWAHAN ANAK LIM LEONG SIK

~ anak Dr. Ling leong sik,ling hee leong Menteri Pengangkutan dan Presiden MCA pada zaman Dr mahathir didakwa telah mengumpul kekayaan sebanyak RM 1.2 BILLION!.

~ hee leong yang baru berumur 27 thn ketika itu tidak selayaknya mengumpul kekayaan yang sebegitu banyak.

KEMEWAHAN ANAK NAJIB RAZAK

~ ada beberapa org anak najib razak yg menjadi topik perbualan di internet.salah seorg dipercayai anak beliau bernama Ashman Najib,dan masih menuntut .foto dalam carian di beberapa blog mendedahkan gaya ashman yg mewah.

~ beliau didaka memiliki sebuah kereta mewah jenama Bantley yang tidak selayaknya dinaiki seorg remaja yang masih blajar.

~anak kdua najib bersama isteri pertamanya tengku puteri zainah tengku eskandar,mohd nazifudin najib merupakan salah seorg ahli lembaga pengarah syarikat Harvest Court Industries Bhd pada Oktober 2011.

~ beliau juga Pengerusi Sagajuta (sabah) Sdn Bhd, syarikat yang membangunkan 1 Borneo mall di Kota Kinabalu.mempunyai kepentingan sebanyak 13.83% selepas dilantik sbg ahli lembaga pengarah (BOD) Syarikat Harvest Court Industries Sdn Bhd.

KEKAYAAN ANAK SHAHRIZAT JALIL

~ dua anak shahrizat jalil dalam usia 20-an ,wan shahinur izran dan wan izzana fatimah zabedah memegang saham syarikat NFC.

~ anak2 shahrizat memiliki saham dalam Global Biofuture Pte Ltd,meatwork (singpore) Ptd Ltd.kdua duj syarikat itu didakwa memiliki modal berbayar S$3.65 juta,atau RM8.85 JUTA.

KEKAYAAN ANAK TAIB MAHMUD

~ taib mahmud yang memerintah Sarawak sejak 1980-an dianggap jelmaan Raja brooke ( James Brooke) di Sarawak.adik. Bradik dan anak beranaknya di berikan kekayaan yang melimpah ruah.

~ salah seorg anak taib mahmud,jamilah taib memiliki kekayaan luar biasa.beliau menguruskan kekayaan taib di Kanada melalui Sakto Corporation yg nilainya menjangkau ratusan juta Dollar dibawah nama menantu lelaki beliau,sean murray.

~ jamilah memiliki rumah mewah di malaysia dan luar negara.keluarga taib juga memiliki perniagaan Sakti International yang berpusat di Amerika Syarikat.

KEKAYAAN ANAK DR MAHATHIR MOHAMAD

~ Mirzan mahathir,menguasai beberapa syarikat peniagaan besar seperti Sunway Building Tecnologies berhad,Capetronic Consumer Electronics Holdings berhad,World wide holdings berhad,Artwright holdings berhad dan lain2 lg.

~ mirzan pada 2011 muncul sbg salah seorg pgarah syarikat San Miguel Corp,syarilat konglomerat makanan terbesar di Filipina yang juga trlibat dgn perniagaan Arak.

~ Mokhzani mahathir majalah perniagaan Malaysia Business pernah melaporkan Mokhzani mahathir sbg antara 3 tokoh perniagaan melayu terkaya di Malaysia.beliau memiliki syarikat Kenchana Petroleum dan menduduki tangga ke 19 dalam senarai majalah itu dgn memiliki kekayaan sbyak RM 1.6 BILLION selain itu Mokhzani juga memiliki saham di dalam THB Industries Berhad,Tongkah holdings berhad dan Pantai Holdings berhad.

Sumber: ohbulan.com

loading...
Read more

(VIRAL) UNTUK YANG SELALU SELFIE INI ADA HADIAH UNTUK KORANG!!! Korang Kena Tengok Isu No 5 Tuh...Bahayaaaaaaa...

Gawat! Ternyata Selfie Juga Punya 5 Bahaya Berikut!

Loopers, istilah selfie mungkin uda nggak asing buat kamu. Bahkan, bekalangan ini selfie menjadi trend dikalangan masyarakat. Nggak sedikit juga yang menjadikan selfie sebagai hobi yang menyenangkan. Tapi, tau nggak sih kalau ternyata selfie punya bahaya-bahaya berikut ini yang mungkin belum kamu ketahui.

Body Dysmorphic Disorder

Nama lainnya adalah gangguan dismorfik tubuh, yaitu jenis gangguan psikologis dimana penderita cenderung berlebihan dalam memperhatikan kelemahan pada fisik mereka. Mereka akan mengeluhkan hidung yang kurang mancung, mata yang kurang lebar, atau bahkan hal-hal kecil lain seperti adanya tahi lalat. Nggak jarang penderita gangguan dismorfik tubuh ini rela melakukan operasi plastik demi mencapai kesempurnaan fisik yang diinginkan.

Kepribadian Narsis

Psychology Today mengatakan bahwa orang yang hobi selfie kebanyakan haus perhatian dan cenderung ingin menjadi pusat perhatian di lingkungannya. Mereka bisa foto dimana saja dan dalam kondisi apapun, terkadang bahkan bisa membahayakan keselamatan diri sendiri. Kepribadian narsis ini membuat mereka haus akan pujian dari orang lain.

Krisis Kepercayaan Diri

Loopers, sering selfie ternyata justru menunjukkan kalau kamu memiliki krisis kepercayaan diri. Hal itu bisa dilihat dari keinginan untuk selalu diperhatikan oleh orang lain melalui postingan foto selfie di media sosial. Sayangnya, rasa nggak percaya diri inilah yang justru bisa membuatmu depresi waktu ada foto orang lain yang lebih mendapatkan perhatian dari lingkungan sekitarmu.

Menimbulkan Rasa Iri

Rumput tetangga emang sering terlihat lebih hijau, kok. Nggak heran kalau kamu selalu ngerasa foto selfie temanmu lebih cantik. Secara nggak sadar kamu justru membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Nah, lama-lama perasaan itu bisa menjadi rasa iri yang bikin kamu tiba-tiba membenci temanmu itu.

Obsesi

Hobi selfie merupakan refleksi sikap yang merasa diri cantik dan sempurna dibandingkan orang lain. Hal ini bikin kamu selalu berusaha untuk tampil sempurna di setiap postingan fotomu. Kamu rela melakukan hal-hal yang sebenarnya nggak penting demi obsesimu itu. Misalnya, kamu rela menghabiskan uang saku bulananmu demi membeli pakaian atau sepatu yang lagi tren dan banyak dipakai oleh para selebgram. Bahkan, kamu rela pergi jauh-jauh ke sebuah kafe populer demi memenuhi obsesimu terlihat gaul di sosial mediamu

Kamu Boleh Gila Selfie, Tapi Jangan Selfie Se-Ekstrem Mereka, Please

Baca Juga
Nah, Loopers kalau selfie udah menjadi candu bagi dirimu sendiri sebaiknya mulai diperhatikan bahaya-bahaya yang bisa menyerang dirimu, ya. Semoga informasi tadi bisa jadi pelajaran buat kamu yang hobi selfie. Nggak ada orang yang sempurna, kamu pun nggak perlu susah payah untuk terlihat sempurna. Setuju kan?
Read more

Thursday, March 30, 2017

(VIRAL) Diterajang suami yang cemburu buta keterlaluan KERANA isteri Bergaul Dengan Orang Kerjanyaa..

Diterajang suami yang cemburu buta keterlaluan

Jika dahulu saya memang suka dia cemburu sebab mahukan perhatiannya, tetapi selepas berkahwin cemburunya semakin menjadi-jadi.
"Malah saya pernah diterajang di depan orang ramai semata-mata kerana ditegur oleh seorang lelaki tua yang hanya bertanyakan arah jalan,"ujar Siti Sarah (bukan nama sebenar) yang merupakan mangsa suami cemburu buta.
Katanya, perangai cemburu suaminya itu bermula sejak mereka berkenalan. Tetapi keadaan semakin teruk selepas mereka bertunang. Malah selepas bertunang, lelaki itu mula menguasai kehidupan Siti Sarah.
"Kadang-kadang hanya disebabkan tidak sempat mengangkat telefon, saya ditempelak olehnya,'' ujarnya .
Kerana cemburu buta, wanita malang itu sering menjadi mangsa keganasan suaminya.
Adakalanya perbuatan suaminya itu keterlaluan dan hanya berpunca daripada hal-hal remeh-temeh.
"Begitu kritikal cemburu suami saya, sehingga masa lampu isyarat merah, saya dilarang untuk memandang orang di sekeliling kerana bimbang 'terpaut' kepada lelaki yang berada di kereta sebelah,'' ujarnya meperihalkan kisah suaminya itu.
Menurut Siti Sarah, semasa bercinta dia memang sudah mengetahui teman lelakinya pada ketika itu kuat cemburu. Tetapi kerana sayang Siti Sarah tetap menerimanya seadanya.
"Memanglah ketika itu saya suka kerana seolah-olah dia terlalu sayangkan diri saya tetapi keadaan ini semakin keterlaluan,'' ujar wanita yang bergelar pendidik itu.
Malah, sehari selepas mereka berkahwin, suaminya sudah berani bertindak melampau dengan menamparnya.
Malah, hanya kerana disapa oleh seorang saudara lelaki, Siti Sarah teruk ditampar suaminya yang cemburu buta itu.
"Masa itu, Allah sahaja tahu perasaan saya apabila suami berkelakuan begitu. Tambahan pula ibu bapa saya juga ada ketika itu,"ceritanya .
Tambahnya, keadaan semakin teruk ketika dirinya sedang berpantang selepas bersalin anak pertamanya.
Dia diterajang hanya semata-mata tidak mengangkat panggilan telefon daripada si suami.
"Memanglah sakit kena terajang tetapi entah kenapa saya masih patuh padanya,'' ujarnya yang memberitahu suaminya seorang romantik dan penyayang ketika dalam keadaan normal.
Siti Sarah sendiri tidak faham apa yang dicemburui oleh suaminya biarpun ketika itu dia berpantang di rumah mereka sendiri.
"Apabila saya tanya kenapa dia sering cemburu kepada saya sehinggakan meninggalkan kesan pada diri saya, alasan yang diberikan ialah kerana dia terlalu sayangkan saya dan tidak mahu kehilangan saya dan anak-anak,'' ujarnya.
Apabila ditanya pernahkah dia berbincang dengan suaminya berkaitan sikap cemburu itu, Siti Sarah memberitahu, ada sahaja alasan yang diberikan suaminya.
Malah Siti Sarah juga pernah mendapatkan bantuan keluarga agar menasihati suaminya, tetapi dia pula akan dipersalahkan kerana dituduh menceritakan masalah rumahtangga kepada orang lain.
"Saya pasrah atas semua yang berlaku, tetapi di hati kecil saya tetap mengharapkan dia berubah suatu hari nanti," ujarnya mengharap.
Katanya, suaminya yang bekerja sebagai guru juga sering bergaduh dengan rakan di sekolahnya hanya kerana hal-hal yang remeh-temeh.
Malah, Siti Sarah memberitahu dia pernah dihubungi pengetua tempat suaminya mengajar dan meminta supaya menasihati suaminya agar tidak bersikap melulu.
"Dulu memanglah malu apabila orang memperihalkan kelakuan suami sendiri, tetapi kini saya sudah kalis dengan sikapnya itu,'' ujarnya yang turut mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan tradisional untuk mengurangkan perangai cemburu buta suaminya.
Siti Sarah juga mengakui, dia kini risau jika tindakan negatif suaminya itu ditiru oleh anak-anak mereka.
"Maklumlah mereka kecil lagi, sebab itu bila suami mengamuk, saya cepat-cepat suruh anak masuk ke bilik supaya mereka tidak melihat tindakannya,'' ujarnya yang mempunyai empat orang anak lelaki.
Katanya , suaminya bukan sekadar cemburu kepadanya sahaja tetapi anak-anaknya juga turut dicemburui apabila mereka rapat dengan orang lain.
Malah, pernah anaknya juga ditendang oleh suami gara-gara cemburu kerana mereka rapat dengan suami jirannya.
"Sekarang, anak-anak saya trauma apabila bapa mereka mengamuk.
"Mungkin akibat terlalu kerap ditampar dan dipukul suami, saya tidak boleh mendengar bunyi yang kuat, keadaan itu menjadikan saya berdebar-debar," ujarnya yang pernah mendapat rawatan psikiatri di sebuah hospital kerajaan.
Siti Sarah juga turut diberikan kaunseling supaya dapat menangani keadaan ketika suaminya naik angin.
"Sepatutnya, hanya suami yang diberikan kaunseling tetapi kerana kasihkan suami, saya sanggup temankan dirinya agar dia berubah,'' ujarnya tenang.
Terangnya, selama dua tahun dia berulang ke hospital dan menjalani kaunseling, kini, biarpun sikap suaminya masih tidak berubah tetapi terdapat unsur-unsur pengurangan pada dirinya.
Akuinya lagi, biarpun suaminya bersikap sedemikian, kasih sayang terhadap suami tetap tidak berkurangan.
"Setiap masa saya tetap berdoa supaya suami diberikan hidayat untuk berubah dan tidak lagi kuat cemburu,'' ujarnya.

Read more

(VIRAL) Hubungan Dengan Emma Maembong Putus? Kamal Adli Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar!

Sebelum ini kecoh apabila ada pihak yang mengatakan hubungan pelakon Kamal Adli dengan Emma Maembong telah putus setelah beberapa tahun ber...

Sebelum ini kecoh apabila ada pihak yang mengatakan hubungan pelakon Kamal Adli dengan Emma Maembong telah putus setelah beberapa tahun bercinta.
Didakwa Hubungan Dengan Emma Maembong Putus, Kamal Adli Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar!
Namun, sekali lagi Kamal tampil jelaskan keadaan sebenar di mana dia mengatakan jangan terlalu percaya cakap orang luar. Kamal menegaskan jika bukan dari mulut mereka sendiri itu semua tidak benar.

    "Jangan dengar cakap orang luar tentang hubungan saya dan Emma, selagi ia belum keluar daripada mulut kami berdua bermakna hubungan kami belum lagi berakhir.

    "Saya sudah bertemu dengan Emma dan kami sedang berusaha memperbaiki hubungan ini," ujarnya.

Didakwa Hubungan Dengan Emma Maembong Putus, Kamal Adli Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar!

ARTIKEL MENARIK: Ekoran Isteri Ditangkap Khalwat, Posting Terbaru Along Cham Bagi 'Hint' Sesuatu MENGEJUTKAN!
Malah, Kamal akui sudah malas melayan segala berita yang berkaitan dengan hubungan cintanya.

    "Saya sudah penat nak layan berita begini, biarlah orang mahu cakap apa tentang hubungan kami. Saya nak berdiam sahaja dan kalau betul sudah putus saya akan beritahunya sendiri," ujarnya.

Apapun, sebagai peminat kita doakan yang baik-baik aje.
Didakwa Hubungan Dengan Emma Maembong Putus, Kamal Adli Tampil Jelaskan Keadaan Sebenar!
Read more

(VIRAL) Bahaya Lipstik Tiruan Berjenama Terkenal Tapi Murah!

Bahaya Lipstik Tiruan Berjenama Terkenal Tapi Murah!

Lipstik dan wanita memang tidak dapat dipisahkan. Namun, kita perlu berhati-hati supaya tidak tertipu ketika membelinya. Bahaya lipstik  tiruan mahupun produk kecantikan palsu memang menakutkan!

Tambahan pula sekarang ini terlalu banyak bahan berbahaya yang terkandung dalam lipstik. Biasanya lipstik tiruan menggunakan kandungan bahan kimia berbahaya.

Lipstik tiruan selalunya juga memakai jenama produk yang cukup popular dengan harga yang jauh lebih murah sehingga menarik minat orang ramai untuk membelinya.
Bahaya Lipstik Tiruan
Tidak dinafikan pemakaian lipstik mampu membuatkan penampilan kita menjadi lebih cantik dan berseri-seri.

Untuk tampil cantik memang memerlukan jenama kosmetik yang sesuai dengan selera dan keselesaan kita untuk memakainya.

Sungguhpun begitu, janganlah suka-suka memilih lipstik ‘asal boleh’ tanpa memikirkan akibat yang terpaksa kita tanggung apabila memakai lipstik tiruan ini.
Bahaya Lipstik Tiruan

Berikut beberapa bahaya lipstik tiruan yang patut kita ketahui dan ambil peduli:


  1. Bibir Jadi Hitam
Bahaya lipstik tiruan yang patut kita tahu, ia boleh membuatkan bibir kita jadi menghitam.

Perkara ini disebabkan adanya pengedapan pigmen warna pada lipstik sehingga bibir menjadi hitam.

Selain itu, lipstik yang terlalu kerap digunka, tanpa dibersihkan terlebih dahulu akan menyebabkan pigmen warna dari lipstik jadi terendap, dan pada akhirnya akan menjadi penyebab bibir menghitam.
Bahaya Lipstik Tiruan

  1. Kanser Kulit Bibir
Lipstik tiruan biasanya mengandungi kandungan merkuri. Kandungan yang berbahaya akan menyebabkan kerosakan pada kesihatan kulit bibir. Apatah lagi kandungan tersebut menyebabkan kanser kulit.
Bahaya Lipstik Tiruan

  1. Alergi Pada Bibir
Bahaya lipstik tiruan yang seterusnya adalah boleh menyebabkan alergi pada bibir.

Biasanya alergi ini akan muncul ketika kandungan pigmen dan bahan kimia lainnya tidak boleh diterima secara baik oleh sistem ketahanan tubuh. Perkara inilah yang boleh menimbulkan rasa gatal dan pecah-pecah pada kawasan bibir.
Bahaya Lipstik Tiruan

  1. Merosakkan Sistem Peranakan Wanita
Lipstik mempunyai kandungan retynil palmitate, kandungan inilah yang boleh mengakibatkan gangguan sistem peranakan wanita.
Jadi, belilah lipstik yang di dalamnya tidak terdapat kandungan retinyl palmitate ini, terutama untuk para ibu mengandung.
Bahaya Lipstik Tiruan

  1. Kulit Bibir Menggelupas Dan Kasar
Bahaya lipstik tiruan juga boleh menyebabkan bibir menjadi pecah-pecah, menggelupas dan kasar.

Perkara ini terjadi apabila kita terlalu kerap memakai lipstik dan tidak memperhatikan kandungan bahan kimia dari lipstik yang mungkin berbahaya bagi kesihatan kita seperti kandungan methyparaben.

Bahan ini terlalu banyak terdapat pada lipstik dan ia ternyata berbahaya kerana boleh meningkatkan risiko penggunanya terkena kanser, sama juga seperti kandungan merkuri.
Bahaya Lipstik Tiruan
Tip Membeli Kosmetik Kecantikan Yang Selamat
  • Untuk mengetahui mana lipstik yang palsu dan tulen, boleh menyemak nombor pendaftaran dari produk tersebut. Kita boleh menyemak di website rasminya.
  • Semak tarikh produk tersebut dikeluarkan serta tarikh luputnya.
  • Belilah produk kosmetik di pusat-pusat membeli belah atau kedai khasnya
  • Lihat pada kekemasan produk tersebut, apakah ada yang sudah rosak, terkoyak kotak dan sebagainya.
  • Selalulah membeli produk lipstik yang original dan berkualiti.
  • Perhatikan kandungan yang ada pada lipstik tersebut.
  • Jangan cepat terpengaruh dengan harga lipstik yang jauh lebih murah.

Itulah beberapa bahaya lipstik tiruan. Jangan sesekali terpesona untuk membeli produk kecantikan branded dengan harga yang tersangat murah, sedangkan ianya bukan original, sebaliknya fake!
Read more

(VIRAL) Inilah SEBAB Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu!

Inilah SEBAB Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu!


Satu perkongsian dari Ustaz Kazim Elias menerusi ceramahnya mengenai kematian sangat memberi manfaat. Malah perkongsian ini dimuat naik di ...
Satu perkongsian dari Ustaz Kazim Elias menerusi ceramahnya mengenai kematian sangat memberi manfaat. Malah perkongsian ini dimuat naik di laman Facebook Siti Murni yang menjelaskan betapa gerunnya malaikat 'blue black' ini.
Inilah SEBAB Kenapa Anda Perlu Tunggu 15 Minit Selepas Kebumikan Jenazah Yang Ramai Tidak Tahu!
Jom baca perkongsian tersebut.
Teringat pesan mak aku.. kalau mak n ayah dah tiada nanti..selepas kebumian jangan balik lagi..tunggu la 10-15 minit kerana masa itu malaikat akan datang..jika masih ada ank nya di atas kubur.. malaikat itu akan tanya kepada arwah ngn nada yang rendah..
Nabi kata, bila kita dimasukkan ke dalam kubur..badan kita bersandar dengan batu, dengan tanah, dengan kain kapan..akhirnya dihadapkan ke arah kiblat, dibuka muka kita, pipi kita ni kena tanah..duduk dalam kubur menghadap kiblat..
Isteri dok menangis, suami menangis, anak-anak menangis..lepas tu diambil papan, tutup..tanah pun diturunkan perlahan-lahan..bila dah sampai separuh kubur, tukang kubur pun naik melompat ke atas. Bila melompat naik ke atas, tutup! Dipijak2nya kubur..
Nabi kata bila berpaling sahaja muka orang yang menghantar kamu ke belakang dari kubur, kamu mendengar tapak kasut orang balik. Kita dengar tapak kasut mereka..derap2 deru, derap2 deru mereka kita dengar. Maka pada masa itulah..roh kita akan duduk..duduknya roh dan kaki melunjur. Tegak badan..
Maka pada masa itulah, dia panggil orang2 yang hantar dia..kalau isteri hantar, dia panggil isteri die.. "Pah..takkan tinggalkan abg, Pah..kata nak sehidup semati, Pah.."..Pah tak dengar. Pah bawak cerek dengan daun pandan balik..sambil dok lap air mata.. Syg macam mana isterinya pun, dia balik.. Suami dia panggil "Pah, jangan balik, Pah..tunggu abg Pah.." Dia tak kisah. Dia balik.
Satg dia nampak anak-anak dia balik. Dia panggil anak-anak dia. Anak-anak dia tak dengar. Selepas mereka beredar sahaja, datanglah dua malaikat. Yang hitam kedua2nya. Yang biru kedua2nya. Kta panggil blue black.. Dan kamu dengar derap kaki dia lebih kuat daripada derap kaki orang yang balik tadi.. Siap dengar rantai yang dia bawak lagi tu.. Lagi menggerunkan...
Yg tak pernah senyum, yg tak pernah ketawa..dia masuuuk terus menghadap kepada kamu. Dan terus memanggil kamu "Hai manusia".. Dia tak kata dah Hai ustaz.. Dia tak sebut wahai datuk seri. Tidak.. Dia tak sebut wahai tuanku.. Tidak.. Dr.. Dia tak sebut dah. Malaikat pun tak kenal kita. Malaikat tak panggil hajjah, haji.. Die panggil "Hai manusia"..
"Hai manusia..apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah". Itu soalan dia. Maka manusia tadi menjawab "Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah." Kalau itu lah jawapan dia, selamat kita..dia tak tanya lagi, Marobbuka, Manabiyuka..dia tak tanya lagi..soalan pertama, apa pendapatmu..tentang Muhammad bin Abdullah.
Lepas soalan ini, maka lepaslah soalan lain. Maka malaikat tadi dengar apa yang kita jawab, malaikat kata "Kami tahu dah kamu akan jawab macam itu..saaaja kami tanya.." "Nak pastikan bahawa kamu ni orang yang baik." Maka kata malaikat kepada lelaki tadi, "Tidurlah kamu di dalam kubur ini macam tidurnya pengantin."
Maka ahli kubur tadi berkata "Pulangkan aku balik ke dunia..aku nak balik kepada keluarga aku. Aku nak bagitahu keadaan aku dalam kubur. Tolong hantarkan aku balik." Rayu si mati kepada malaikat.
Rupanya orang mati ni nak mintak balik. Bukan nak makan nasi briyani gam.. Bukan balik nak tengok tv.. Bukan. Dia balik ni sebab nak bagitahu kat anak2 dia sembahyang lah.. "Wahai anak2ku, sembahyang.. Wahai isteri2ku, sembahyang.. Wahai suami2ku, sembahyang.." Dia nak bagitahu yg itu..Tapi malaikat kata "Tak boleh balik dah. Kamu sekarang berada di alam barzakh. Kamu tak boleh campur dengan alam dunia"..
Kalau kamu orang yang baik kata Nabi, akan diluaskan kubur tujuh puluh hasta, dilebarkan tujuh puluh hasta dan dicerahkan kubur kamu.
Tetapi biarpun mayat tak boleh khabarkan kepada kita, Nabi dah khabarkan pada kita. Itulah untungnya kita jadi umat Nabi Muhammad saw.
Kalau kamu nak 70 hasta, kalau kamu nak cerah dalam kubur, ini amalan yg kamu kena buat. Kalau kamu nak gelap dalam kubur, kalau kamu nak tulang rangka kamu berselisih, ini amalan yg kamu kena buat. Semuanya bergantung di tangan kamu. Madu di tangan kanan, racun di tangan kiri.
Pilihlah mana yg kamu nak buat. Sesungguhnya bekalan yg paling baik adalah taqwa. Jagalah solat kamu.
Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada orang Islam supaya persiapkan diri sebelum dijemput olehNya. Share perkongsian ini jika bermanfaat.
Read more

(VIRAL) Video Doktor Biadap Yang Kini Viral Di FB,, Tak Payah laa Sampai nak Tengking2,, Nak Ugut2 Pelbagai!!





Kecoh di Hospital sg, Apabila Doktor Biadap dan Mengeluarkan Perkataan2 Yang Sangat kesat,, Video Selama 0.34 Saat ini Telah menjadi Viral Sejak Petang Tadi,, Pesakit hanya Mampu Tengok Dan Hanya Mengalirkan Airmata,, **mohonshare!!


ARTIKEL MENARIK: TERKINI ! Cerita Sebenar Gadis Bertudung Berniaga 'Nasi Lemak Babi Buncit'.. Memang Betul² Babi..
Baru-baru ni seorang lelaki telah memuat naik gambar seorang doktor pakar sakit puan di Facebook. Di post tersebut lelaki itu telah mengatakan bahawa doktor wanita itu biadap siap sekali dengan gambar. Foto tersebut dapat perkongsian yang banyak di Facebook.
Paling yang tidak boleh diterima sekali apabila doktor itu dapat komen serta ugutan yang bahaya dari sesetengah pihak. Wahh, kalau nak menegur pun takkan sampai macam tu sekali? Baca nasihat dari seorang lelaki ini untuk orang-orang negatif macam tu. Haihh..
Dapat komen keterlaluan
Read more

(VIRAL) Netizen Panas! Hinaan dan Makian Pandu Wijaya Kepada Gus Mus Menjadi Viral di Medsos

Netizen Panas! Hinaan dan Makian Pandu Wijaya Kepada Gus Mus Menjadi Viral di Medsos

Alam dan Entertainment News, Berita Dunia Terbaru, Berita hari ini, Berita Indonesia Terbaru, Berita Terkini, berita terupdate, Foto, Indoharian, kesehatan, Politik, Terupdate serta Analisis dari INDOHARIAN.com, Ulasan Teknologi, Video
Indoharian – Netizen Panas! Hinaan dan Makian Pandu Wijaya Kepada Gus Mus Menjadi Viral di Medsos
Indoharian – Melalui akun medsos Twitter, ada seorg netizen dgn nama Pandu Wijaya menghina KH Mustofa Bisri alias Gus Mus.
Akibat perlakuannya tersebut, netizen dengan nama akun @panduwijaya_ tersebut langsung dikecam oleh byk org, lebih khususnya warga NU (Nahdlatul Ulama).
Mereka menganggap, cuitan yg dikeluarkan Pandu Wijaya tersebut tergolong sgt tdk sopan dan juga jauh dari adab karena mengingat bahwa Gus Mus yg merupakan seorang sosok pengasuh Pondok Pesantren Raudlatuh Tholibin, Rembang itu ialah sosok yg sgt dihormati oleh banyak org karna ilmu & kharismanya.
Penghinaannya kepada Gus Mus itu berawal ketika Gus Mus melalui akun Twitternya berkomentar tentang sholat Jumat di Jakarta yg rencananya kemungkinan akan digelar di jalan raya.
Pada cuitannya yg dibuat pada Rabu (23/11/2016) itu, Gus Mus melalui akun dengan nama @gusmusgusmu mengatakan demikian:
1. Saya dgr kabar di ibukota akan ada Jum’atan di jln raya. Mudah2an tdk benar.
2. Kalaupun benar, wah dlm sejarah Islam sejak zaman Rasulullah SAW baru kali inilah ada BID’AH sedemikian besar. Dunia Islam pasti heran.
3. Kalaupun benar, apakah dalil Quran & Hadisnya? Apakah Rasulullah SAW, para sahabat, & tãbi’iin pernah melakukannya / membolehkannya?
4. Kalaupun benar, apakah salat TAHIYYATAL MASJID diganti salat TAHIYYATAT THÃRIQ / TAHIYYATASY SYÃRI’?
5. Kalaupun kabar tersebut benar, kpd saudara2ku muslim yg percaya bahwa aku tidak punya kepentingan politik apa pun, kuhimbau utk memikirkan hal
6. ini dengan pikiran yg jernih. Stelah itu silakan anda bebas untuk melakukan pilihan anda. Saya hanya merasa bertanggungjawab mengasihi saudaraku.
7. In uriidu illal ishlãha mãs tatha’tu wamã taufiiqii illa biLlãhil ‘Aliyyil ‘Azhiim…
Nah, ketika Gus Mus menyampaikan cuitan nomor 2 itu, akun @panduwijaya_ menimpali demikian:
@gusmusgusmu Dulu gak ada aspal gus di padang pasir, wahyu pertama tentang shalat jumat juga ketika Rasulullah hijarh ke madinah. Bid’ah Ndasmu!




Kata kasar yg di tulisnya itu pun langsung diserang oleh pengguna Twitter lainnya.
Para pengguna Twitter lainnya pun mengecam keras dikarekan dlm penulisan tsbt terdapat kata-kata kasar seperti: Bid’ah Ndasmu!
Semenjak mendapat kecaman keras yg begitu luas, maka akun @panduwijaya_ tsbt pun langsung dihapus.
Tetapi dlm penghapusan tsbt tdk berpengaruh karena kata-katanya tetapi karena respon dr banyak pengguna sudah meluas ke mana-mana.
Dia tetap akan dicari, terutama pasti di dunia maya.
Pencarian tsbt tak hanya berlangsung di dunia maya saja.
Yang dikutip dr akun FB Johan Wahyudi, bahwa anggota Banser DKI Jakarta sempat datangi PT Adhi Karya utk menanyakan pernyataan tsbt.
PT Adhi Karya ialah tempat Pandu Wijaya bekerja.
Hasil dr pertemuan mereka antara Banser DKI Jakarta dgn pejabat PT Adi Karya itu tlah membuat kesepakatan, bahwa pemilik akun Pandu Wijaya akan minta maaf secara langsung.
Meskipun ia blm minta maaf secara langsung, tetapi Pandu sudah menyampaikan permintaan maafnya kpd Gus Mus lewat akun Twitternya dlm bahasa jawa.
“Nyuwun pangapunten atas kesalahan dalem, mugi2 @gusmugusmu lan santriniun maringi ngapunten”.
Inilah ucapan Pandu Wijaya kpd Gus Mus jika diartikan ke bahasa Indonesia, “Saya mohon maaf atas kesalahan saya, semoga pak Gus Mus dan santrinya bisa memaafkan saya, Terima kasih.”
Bahkan, Pandu Wijaya sudah mengunci akun Twitter tsbt, sehingga hanya bisa dilihat oleh pengikutnya saja.
Read more

(VIRAL) Inilah Video Viral Makhluk Aneh Dipercayai Suku Melayu Tua Yang Dianggap Pupus !!!


Inilah Video Viral Makhluk Aneh Dipercayai Suku Melayu Tua Yang Dianggap Pupus !!!

Inilah Video Viral Makhluk Aneh Dipercayai Suku Melayu Tua Yang Dianggap Pupus !!!:
Inilah Video Viral Makhluk Aneh Dipercayai Suku Melayu Tua Yang Dianggap Pupus !!! |Penampakan Sosok misteri seperti Makhluk asing dirakam kamera penunggang Motor Trail dari Banda Aceh di kawasan Hutan Aceh Pekan lalu telah menggemparkan media sosial.
Video itu muat naik di laman Youtube pada Rabu (22/3/2017). Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan pendapat masing-masing,ada yang mendakwa makhluk itu adalah hantu dan  Alien.
Diantara komen berkenaan,terdapat satu pendapat yang masuk akal dan logic katanya “makhluk berkenaan adalah Orang Mante suku purba yang sudah lama di anggap pupus”
Mereka sejenis Makhluk purba kecil yang tergolong dari suku Melayu tua (Proto Malayan).
                      
Kewujudan mereka di anggap misteri kerana sampai pada hari ini belum ada yang boleh menangkap atau mendekati suku ini.
Mereka hanya hidup di pedalaman rimba aceh, saya baru percaya mitos itu wujud selepas melihat video ini,kala Akaun bernama Loucia.
Dikutip dari Wikipedia, Suku Mante dikhabarkan telah pupus kerana sudah bercampur dengan suku bangsa pendatang-pendatang lainnya.
Suku Mante juga disebut-sebut legenda rakyat yang pernah mendiami wilayah Aceh yang termasuk dalam rumpun bangsa Melayu Proto.
Lihat video dibawah :

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Read more

(VIRAL) Eksklusif:Ibu Cerita Langkah Drastik Sajat Berubah Jadi Mak Nyah






Eksklusif:Ibu Cerita Langkah Drastik Sajat Berubah Jadi Mak Nyah

Mengejutkan! Rupa-rupanya inilah sebab Nur Sajat mengambil keputusan menjadi pondan yang amat mengejutkan semua. Baca kisah selanjutnya  .....

Mungkin sukar dipecayai yang Nur Sajat ini dilahirkan sebagai lelaki. Menurut Sajat Mak Nyah ini hanyalah satu nama. Baginya tak semua Mak Nyah kerja sebagai pelacur. Ada yang kerjaya sebagai model,peguam dan sebagainya..
Pada awalnya Sajat suka main makeup, memakai baju wanita kakaknya dan adiknya. Semasa mak sedang tidur, dia memakai kasut tumit tinggi milik maknya.

Di Sekolah sajat kurang bersosial dan gemar bersendiri. naluri wanita kuat membuat Sajat menukar penampilan

Semasa berumur 14 Tahun di sekolah menengah, Sajat sudah mula memakan hormon. Disitulah pemulaan kehidupan baru Nur Sajat. Yang mula perasan adalah maknya sendiri.

Sajat Masa Kecil
Sajat membuktikan walaupun dirinya seorang mak nyah , dia mampu cari duit sendiri. Pada awalnya keluarga sajat tidak menerima perubahan Nur Sajat.
Bagi Nur Sajat, Keluarga tidak menerimanya pada awalnya kerana tidak tahan di cerca oleh orang sekeliling.
Ibu sajat menasihati kepada Ibu-ibu diluar sana janganlah hina anak sendiri. Sokonglah mereka. Dan di akui, Ibu si sajat menyokong perubahan si Sajat .
Dia tak mahu si sajat ini tak balik rumah bertahun-tahun hanya kerana Ibu bapa tidak dapat menerima perubahan dirinya. tambahannya lagi biarlah rupanya berubah asalkan hatinya tak berubah..
Baginya ayah si sajat, dia sentiasa mendoakan akan dapat anak soleh. tetapi bila dapat anak yang macam ini kita orang menerimanya.
Bila di soal tentang perkahwinan, Si Sajat tak berkahwin kalau macam ini keadaannya. Ayah si sajat menasihati si sajat supaya jauhi fitnah.
Adik si sajat ini menyatakan abangnya tidak minta lahir bergini
"Sakit sebenarnya jadi macam ini. Bayangkan kalau diri saya ini wanita, tiba-tiba saya rasa yang saya lelaki. " kata adik si sajat
[embedded content]


Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Read more

(VIRAL) Bayi Ditanam Hidup-Hidup Berjaya Diselamatkan

Bayi Ditanam Hidup-Hidup Berjaya Diselamatkan


APALAH dosa bayi perempuan ini hingga tergamak ibunya menanamnya hidup-hidup? Nasib baik sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di kawasan di Jaipur, Odisha itu ternampak kakinya lalu mereka terus memaklumkan kepada penduduk kampung di situ.
Selepas digali tanah berkenaan, bayi itu masih hidup tetapi dia dikatakan ditanam dalam lubang yang cetek itu dan ditimbus dengan pasir selama enam jam.
Bayi berkenaan kini dirawat di hospital dan berada di bawah pemantauan rapi.
“Dia semakin baik dan kelihatan normal. Bayi itu dilahirkan cukup bulan dengan berat 2.5kg. Ketika dibawa ke hospital, tali pusatnya masih melekat,’’ kata jurucakap hospital terbabit.
Kakitangan hospital tersebut menamakannya sebagai Dharitti dan akan diserahkan kepada jabatan kebajikan sebaik sahaja dibenarkan keluar hospital.
Kawasan di mana bayi itu ditemui, didiami kebanyakannya oleh penduduk miskin dan keluarga di situ berharap untuk memiliki anak lelaki dengan harapan apabila besar, si anak dapat membantu ibu bapanya.
Mereka juga dikatakan cuba mengelak daripada membesarkan anak perempuan dan atas sebab itulah maka bayi tidak berdosa itu menjadi mangsa, hanya disebabkan dia dilahirkan sebagai perempuan.
Sementara itu, polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi terbabit.
[embedded content] >
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Read more

(VIRAL) Tidur Tak Pakai Seluar Dalam “Tikus Masuk Dalam Kemaluan Pengantin...

Tidur Tak Pakai Seluar Dalam “Tikus Masuk Dalam Kemaluan Pengantin


Tidur Tak Pakai Seluar Dalam “Tikus  Masuk Dalam Kemaluan Pengantin”:
Seorang pengantin perempuan bernama Ati yang tidur dalam keletihan selepas bersama suaminya di malam pertama terlupa mengenakan semula seluar dalam yang tertanggal ketika bersama.
Akibatnya seekor ‘tikus jenis cencurut jantan' telah memasuki alat sulit wanita itu, pada mulanya dia sedar ada benda berjalan di celah kangkangnya tetapi ketika tikus itu cuba di tarik ia lebih masuk ke dalam dan terperangkap.
Akibat pengantin wanita menjerit dengan kuat dan jeritannya itu telah mengejutkan si-suami yang sedang tidur lena keletihan.
Si-isteri menunjukkan kemaluannya kepada suami dan alangkah terkejutnya suami apabila melihat ekor seekor tikus cincurut terjulur keluar dari kemaluan isterinya, manakala badannya berada di dalam kemaluan.
Suami yang panik cuba mengeluarkan tikus itu dengan menarik ekor tikus itu. Malangnya ekor tikus tersebut terputus dan tikus berkenaan terperangkap di dalam kemaluan isterinya. Jeritan kuat pasangan itu yang cuba mengeluarkan tikus tersebut telah mengejutkan jiran sekitar.
Mereka yang pada mulanya menyangka pengantin baru itu bergaduh terkejut bila diberitahu si-suami bahawa kemaluan isterinya telah dimasuki tikus. Memandangkan usaha mengeluarkan tikus itu tak berhasil akhirnya pengantin perempuan terpaksa dibawa ke hospital milik Tentera Nasional Indonesia bagi mengeluarkannya.
Selepas usaha ‘memujuk’ tikus itu keluar gagal, doktor terpaksa melakukan pembedahan.
Difahamkan ini bukan kes pertama di Indonesia tikus memasuki kemaluan wanita kerana sebelum ini kes yang sama pernah berlaku ke atas seorang wanita di Jakarta. Kepada pengantin baru dan ‘pengantin lama’ sila ambil kisah ini sebagai iktibar.
Pertama, jaga kawasan persekitaran rumah agar tiada binatang ganas dan kotor membiak. Kedua, selepas bersama, dalam keadaan letih bagaimanapun jangan lupa membersihkan alat vital anda.

Jangan sekali-kali lepas bersama terus tidur kerana binatang yang sensitif terhadap bau yang tak menyenangkannya mungkin akan mendekatinya…dan jadilah anda sebagai seorang lagi Ati!

Ketiga, suami isteri jangan lupa memakai seluar dalam sebelum tidur kerana bukan saja tikus, ular pun boleh masuk belukar jika kita alpa
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Read more

(VIRAL) Sedih...Seluruh Kampongnya Murtad,Pakcik Tua Ini Azan Dan Solat Sendirian Selama 30 Tahun!!







Sedih...Seluruh Kampongnya Murtad,Pakcik Tua Ini Azan Dan Solat Sendirian Selama 30 Tahun!!

Mendapat pesanan Mesej dari Kekanda Taiko Ali Russia yg sedang berdakwah di Bumi Timor Leste.

Salam kasih umat dari lereng lereng Gunung Timor Leste.

Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan Nabi saw dan Sahabah Ra atas pengorbanan mereka sehingga kita mendapat nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah kami sekarang berangkat ke sektor seterusnya. Nama Daerahnya Vequeque.

 Daerah yang bergunung-ganang dan lebih mencabar serta lebih mujahadah. Perjalanan kami akan menempuhi lereng lereng dan curam yang lebih dalam.

Semalam kami di kejutkan oleh satu peristiwa yang menyebabkan seluruh ahli jemaah menangis.

Kami di bawa oleh Ustaz Ibrahim penangung jawab Daerah Baucau yang baru pulang dari mengerjakan Umrah. Kami dibawa ke satu kawasan pergunungan bernama Brema.

Perjalanan kami menggunakan pickup 4×4 dgn menyusuri lereng gunung pinggiran pantai kemudian berjalan kaki sejauh 3 km menuruni denai, melintasi sawah padi, membelah belantara dan akhirnya mendaki gunung lalu sampai ke kawasan tersebut.

Diatas gunung Brema itu terdapat seorang insan yang Allah pelihara iman dan kalimahnya berusia hampir 100 tahun.

Namanya Pak Abu Bakar asal beragama Pagan dan anak Pribumi. Beliau memeluk Islam pada tahun 1975 dan hampir seluruh kampungnya sekitar 500 orang juga memeluk Islam.

Tetapi oleh kerana faktor sekitar seorang demi seorang telah meninggalkan Islam serta murtad dan akhirnya tinggal lah beliau berdua bersama sahabat baiknya Pak Kasim yang masih Islam dan pertahankan kalimah.

Hampir lebih 30 tahun berliau berdiri teguh dengan fikir yang kuat keatas Islam dan kerisauan keatas saudara mara serta penduduk kampung yang murtad.

Dari usia muda sehingga lah beliau tua. Beliau azan dan solat sorang diri. Kekadang berdua sehinggalah sekarang.

Ketika kami sampai beliau agak terperanjat dan kelihatan terketar ketar menangis kegembiraan atas kunjungan kami.

Kami berpelukan sambil berlinangan airmata dan pelukannya seolah olah tidak mahu melepaskan kami.

Kami sampai sebelum Zohor dan habiskan masa bersama solat zohor dan asar bersama sama.

Satu peristiwa yang kami dapat belajar dari seorang lelaki tua yang tidak punya apa-apa, rumahnya dari buluh dan beratapkan nipah dan berjalan kaki untuk mengambil wuduk hampir setengah kilometer di sumur yang jauh di lereng curam.

Apa yang kami belajar kami melihat beliau bersiap siap untuk solat bersama kami tetapi kemudianya beliau berkata.

 “Tunggu sekejap, saya jangkau dulu kawan saya. Jangkau bermaksud khususi atau usuli. Beliau telah keluar dari Musalla dan berjalan hampir setengah kilometer lagi untuk usuli kawannya untuk di bawa bersolat Jemaah di Musalla.

                                    
Allahu.
Kami makan tengahari bersama. Nasi putih berlauk kan cili apai dan Maggi yang kami bawa.

 Kata Pak Abu Bakar puluhan tahun beliau cuma makan nasi dan pucuk kayu kadangkala ikan kerana tiada apa yang halal yang dapat di makan kerana orang orang kampung keseluruhaannya memelihara babi dan anjing.

Kami berbual dan ternyata beliau berbicara soal iman dan amal setiap masa dengan suara yang terketar ketar.

Selepas Asar kami bersiap untuk pulang ke Masjid Baucau. Ternyata beliau sekali lagi memeluk kami seolah-olah tidak mahu melepaskan dan perkataan yang menyayat hati kami ialah bila beliau berkata. “Kapan lagi kamu semua akan mengunjungi saya. Mungkin bila kamu datang lagi bapak sudah tidak ada…” Beliau menanggis dan mengalirkan air mata dan kami juga.

Allahu. Kalimah tersembunyi di lereng Timor Leste. Katanya lagi. “Di mana lagi orang orang Islam yang selalu mengunjungi saya dan mereka disini hanya lah orang orang dakwah seperti kamu. Di mana manusia Islam yang lain.”

Semuga Allah matikan beliau dengan kalimah iman. Kalimah-kalimah tersembunyi di lereng-lereng gunung Timor Leste.

Doakan jemaah kami.
Ali Russia
Baucau Sektor Timor
Timor Leste

Nota Editor : Kisah benar ini asalnya telah dikongsikan di fb wall Ustaz Ahmad Farkhan. Kami kongsikan semula di sini dengan harapan ia turut memberi inspirasi buat anda dalam menempuh dunia yang penuh dengan pancaroba dan dugaan ini.
Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!
Read more